3 BAHAN SELAIN AIR BERSIHKAN CERMIN TINGKAP ANDA

3 BAHAN SELAIN AIR BERSIHKAN CERMIN TINGKAP ANDA

  • Post by : mshyafiq
  • May, 10 2017
  • Blogs
  • Comments Off on 3 BAHAN SELAIN AIR BERSIHKAN CERMIN TINGKAP ANDA
Selalunya kita akan membasahkan sedikit kain dengan air atau menyemburnya dengan cecair pengelap cermin. Kali ini admin ingin kongsikan bagaimana anda boleh membersihkan cermin tersebut dengan hanya menggunakan bahan yang biasa anda temui di rumah. Sungguh jimat kos & tahan lebih lama.

 
1) Bedak talkum – Basahkan surat khabar dengan sedikit air lalu taburkan bedak talkum ke atasnya. Gunakan surat khabar tersebut dengan mengelapnya pada permukaan cermin yang kotor di rumah anda dengan cara menyapunya sehala sahaja (contoh dari arah atas ke bawah).
 
2) Cuka – Masukkan sedikit cuka ke dalam bekas kemudian celupkan kain ke dalam bekas cuka untuk digunakan bagi mengelap cermin. Cuka adalah bahan berasid merupakansalah satu bahan utama yang terdapat dalam cecair pembersih tingkap di pasaran.
 
3) Serbuk kapur – Gunakan sehelai kain lembap untuk mencuci cermin yang berkaitan. Selepas itu taburkan atau lumurkan serbuk kapur tulis yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan seketika kemudian bersihkan cermin tadi dengan kain lembap yang telah dibilas dengan air bersih berulang kali sehingga cermin kelihatan bersih berkilat.
 
Semoga bermanfaat.