5 TANDA ANAK ANDA DAH SEDIA TIDUR DI KATIL SENDIRI

5 TANDA ANAK ANDA DAH SEDIA TIDUR DI KATIL SENDIRI

  • Post by : Team FHD
  • Sep, 19 2018
  • Blogs
  • Comments Off on 5 TANDA ANAK ANDA DAH SEDIA TIDUR DI KATIL SENDIRI

🧕🏻Fiqel, saya nak asingkan tempat tidur anak dari bilik saya,

Ada tak wallpaper sesuai untuk kids 5-10 tahun?

Untuk lelaki dan perempuan.

Kalau ada boleh share?

Puan Lina, Kajang

=======
Siapa ada masalah nak asingkanUntuk anak yang berumur 4 tahun dan ke atas?

Pastikan 5 tanda ini ya😊

5 TANDA ANAK ANDA DAH SEDIA TIDUR DI KATIL SENDIRI

Berikut adalah 5 tanda anak anda sudah bersedia untuk tidur sendiri di katil mereka.

Dengan tips dan cara asingkan tempat tidur anak yang betul, tak mustahil mereka dapat melakukannya di usia yang muda.

1. BOLEH MELAKUKAN AKTIVITI BEBAS TANPA DIKAWAL KETAT

Ini adalah salah satu tanda paling utama yang menunjukkan anak anda sudah bersedia untuk berdikari dan tidur sendiri di katil berasingan. Dalam erti kata lain, anak anda sudah boleh bermain sendiri tanpa kecenderungan untuk melakukan apa-apa aktiviti yang membahayakan diri mereka sendiri.

Ciri ini penting kerana apabila mereka terjaga pada waktu malam, mereka tahu apa yang perlu dilakukan jika ketakutan atau berasa tidak selesa.

2. ANAK ANDA SUDAH MEMPUNYAI RUTIN TIDUR YANG TETAP

Mengetahui masa dan rutin tidur yang tetap setiap hari akan memudahkan anda untuk menidurkan mereka dengan tenang.

Teruskan rutin yang biasa dilakukan sebelum tidur seperti membaca buku cerita, berdoa, dan temankan mereka pada permulaannya. Dengan ini, anak anda akan berasa lebih yakin dan kurang kekok untuk tidur sendiri.

Sebaliknya, jika anak anda masih sering terjaga malam dan tidur pada waktu yang berlainan pada setiap hari, mungkin mereka belum bersedia untuk tidur di katil sendiri.

3. MEREKA BERTANYA TENTANG KATIL MEREKA SENDIRI

Keinginan si anak untuk mempunyai bilik atau katil sendiri menunjukkan mereka sudah bersedia dan boleh diajar tidur sendiri secara perlahan-lahan.

Walaupun mereka mungkin akan menangis pada awalnya, anda boleh melakukan pelbagai tips dan cara asingkan tempat tidur anak dengan aman dan seronok.

4. SUDAH BERCERAI SUSU BADAN

Salah satu perkara yang menyebabkan ramai ibu bapa di Malaysia masih berkongsi katil dengan anak adalah kerana mereka masih menyusu badan. Setelah anak anda melepasi tahap ini, anda bolehlah bersedia untuk melepasi tahap yang seterusnya iaitu menceraikan lampin dan mengasingkan tempat tidur.

Namun, perlu diingat bahawa jangan melakukan kesemua perubahan ini sekaligus atau terlalu rapat kerana ia mungkin terlalu sukar untuk dihadapi oleh si kecil.

5. MULA MENIRU PERBUATAN DAN P PERCAKAPAN IBU BAPA

Anak-anak yang sudah boleh meniru perbuatan dan percakapan ibu bapa sememangnya pantas menyerap maklumat namun mereka masih belum berkemahiran untuk memprosesnya.

Justeru, amatlah merbahaya sekiranya mereka ternampak adegan yang tidak sepatutnya dalam bilik tidur walaupun anda beranggapan mereka masih belum memahami apa-apa. Ingat, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan saja mana-mana maklumat yang tidak diingini semudah menekan butang ‘delete’. Sekali ia sudah tersemat dalam memori mereka, adakah caranya untuk memadamkannya buat selama-lamanya?

Sumber: siraplimau