Jenis Dinding Anda Sesuai ke Pasang Wallpaper ?

Jenis Dinding Anda Sesuai ke Pasang Wallpaper ?

  • Post by : Team FHD
  • Sep, 15 2018
  • Blogs
  • Comments Off on Jenis Dinding Anda Sesuai ke Pasang Wallpaper ?

Saya nak pasang wallpaper tapi dinding saya macam ni


Bercat minyak

Ada yang cadangkan kena undercoat dulu?

Leceh juga kalau nak pasang wallpaper kena undercoat dulu🙁

Jawapan: Bergantung kepada wallpaper dan keperluan dinding anda.

Wallpaper Fiqel yang telah dipasang dicat minyak kekal hingga sekarang dan tiada masalah.

Tetapi kami perlu pergi tengok dulu dinding rumah anda. Case by case berbeza.

Bercat Plaster

bergantung pada kerataan dinding, kalau menggerutu pastikan kena plaster sekali lagi.

Plaster dinding dengan bercat plaster adalah dua benda yang berbeza.

Pernah pengalaman kami kondominium di bangi, pasang je habuk cat asyik berdebu-debu menyebabkan banyak gam terpaksa digunakan sebab bila pasang wallpaper tertanggal balik.

Lepas letak banyak gam baru ok semula.

Dan wallpaper tidak boleh dipaksa utk ratakan.

Akan terjadi dan ternampak gelembung-gelembung kesan gam.

Dan biarkan sahaja 3-7 hari, ia akan surut.

Jawapan: Ya boleh pasang di dinding cat plaster.

Plywood

Dinding jenis plywood ?

Pun boleh pasang cuma di bahagian joining kena plaster putih dan dia akan rata selepas itu boleh pasang wallpaper.

Gypsum board

Kena tengok jenis apa, kapur boleh pasang wallpaper

Kalau jenis licin macam cat minyak kena plaster dulu.

Jenis gam wallpaper kena guna yang jenis kuat utk pasang di gypsum board.

Dinding berkulat

Berkulat kami kena tengok dulu tahap kelembapan.

Kalau disebabkan kebocoran dan masih lagi dicadangkan jangan pasang wallpaper.

Tetapi jika berkulat tu dah lama dan tiada isu kebocoran cuma kotor kulat tidak dibersihkan boleh pasang.

Cuma kena cari wallpaper yang gelap dan bukan jenis cerah kerana akan nampak kesan kulat hitam kalau wallpaper cerah.

Jika perlu primer kena sapukan primer utk halang liquid/cairan dari keluar.

Cara lain adalah anda juga kena undercoat sekali lagi kalau berkenan juga corak dan warna cream/putih.